Alunan Nasuha

Thursday, November 25, 2010

..Maher Zain (^_^)'















Bila manusia dirasuki CINTA

Cinta terkadang BERMULA dimata
sedangkan rasa SUKA dimulai dari telinga
jadi jika kau mahu berhenti MENYUKAI seseorang
cukup dengan menutup telingamu
tetapi apabila KAU mencuba menutup mata
dari orang yang KAU cintai
cinta itu berubah menjadi air mata
dan terus tetap tinggal dihatimu
oleh itu,
CINTAI dan SUKAILAH ALLAH
diadaptasi oleh kata2 Ustaz Zawawi Mohamed

Tajuk ; Yang tiada Tajuk

Teman..

Jika hari ini aku terlalu gembira,

sedarkanlah aku dengan amaran-amaran ALLAH..

Jika kubersedih tanpa kata,

pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta..

Jika kehidupanku tidak sempurna,

hadirkanlah dirimu untuk menyempurnakannya..

Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,

ajaklah aku meleraikannya segera..

Jika pernah hatimu terluka,

luahkanlah agar aku berubah..

Jikaku lemah tak berdaya,

ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..

Jika denyutan nadiku sampai ke penghujung nafasku,

ajarkanlah aku menyebut kalimah-kalimah ALLAH YANG MAHA AGUNG..

Jika telingamu mendengar berita pemergianku,

ikhlaskanlah tanganmu memikul jasadku yang tiada bernyawa ke pusara

iringilah aku dengan setangkai doa bersama kalungan Al-Fatihah

moga ia menerangi lena panjangku nanti

harapanku moga dikau redha dengan kehadiran dan pemergianku

kerana...

setiap pertemuan..,

pasti akan hadirnya perpisahan..

ingatlah daku dalam doamu selalu..

terima kasih kerana pernah menyayangi diriku

..

..

Thursday, November 11, 2010

Allah, help me!

Doa untuk hindarkan diri dari akhlak buruk :

"Wahai Tuhanku, tumbuhkanlah dalam dadaku rasa cinta terhadap diriMU dan jadikanlah aku seseorang yang merasa hina terhadap diriMU yang besar di mata manusia, jauhkanlah dariku perangai-perangai yang buruk"

amiin Ya Rabbal 'aalamiinn.

La Tahzan Ya qalbi...

"Kasihilah orang yang engkau kasihi sekadarnya, mungkin dia akan menjadi orang yang engkau benci suatu hari nanti. Bencilah orang yang engkau musuhi sekadarnya, mungkin dia akan menjadi kesayanganmu pula suatu hari nanti".

Riwayat Al-Tarmidzi

hati kenapa ni...??!

Saturday, November 6, 2010

Larangan BERMEGAH dengan KETURUNAN

Allah SWT melarang manusia daripada bermegah-megah dengan asal-usul keturunan mereka, kerana :

1. Kejadian manusia berasal dari keturunan yang sama iaitu Nabi Adam AS. Sabda Rasulullah SAW dalam khutbah Hajjatul Wada' :

"Wahai manusia, ketahuilah bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu dan ayah kamu adalah satu. Tiada kelebihan bagi bangsa arab ke atas bangsa bukan arab dan tiada kelebihan bangsa bukan arab ke atas bangsa bukan arab, tiada kelebihan bagi orang yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam dan tiada kelebihan yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan dengan TAQWA.

2. Bermegah dengan keturunan adalah ciri yang dibenci Allah SWT. Firmannya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takabbur dan membangga-banggakan diri."

3. Sikap bermegah dengan keturunan adalah ciri fahaman masyarakat jahiliyah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Daripada Ibnu Umar radiallahuanhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan kota Mekah : "Wahai manusia! Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menghapuskan daripada kamu keburukan fahaman jahiliyah dan sikap sombong dengan keturunan. Maka manusia terbahagi kepada dua : Mukmin yang bertaqwa atau penjahat yang celaka, kamu adalah anak Adam dan Adam itu daripada tanah.

4. Keturunan tidak menjamin kelebihan seseorang disisi Allah SWT. Ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW :

Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa yang dilewatkan (daripada memasuki syurga) oleh amalan buruknya, dia tidak dapat dipercepatkan dengan keturunannya."

Batasan dalam BERGURAU SENDA

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!"

Riwayat Abu Daud

Membuat orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah SAW juga berjenaka dengan ahli keluarganya dan para sahabat Baginda. Namun begitu, adab-adab bergurau senda telah digariskan oleh agama Islam, seperti :

  • Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah SAW.
  • Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan memperkatakan tentang kekurangannya.
  • Gurauan itu bukan ghibah (umpatan) seperti memburukkan seseorang itu dengan niat untuk merendah=rendahkannya.
  • Tidak menjadikan jenaka sebagai kebiasaan.
  • Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
  • Bersesuaian dengan masa, tempat dan orang yang mendengar jenaka.
  • Menjauhi jenaka yang akan membuatkan orang lain ketawa berlebihan kerana ketawa yang banyak akan menggelapkan hati.
  • Sesungguhnya Rasulullah apabila ketawa Baginda hanya akan menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja.

(ILUVISLAM.COM)

Friday, November 5, 2010

take a look!!

To love someone is nothing,
to be loved by someone is something,
to be loved by someone you loved is exciting,

BUT,

to be loved by ALLAH is everything..

MUSLIMS and MUSLIMAHS, ALLAH loves you!!