Riwayat Abu Daud
Membuat orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah SAW juga berjenaka dengan ahli keluarganya dan para sahabat Baginda. Namun begitu, adab-adab bergurau senda telah digariskan oleh agama Islam, seperti :
- Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah SAW.
- Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan memperkatakan tentang kekurangannya.
- Gurauan itu bukan ghibah (umpatan) seperti memburukkan seseorang itu dengan niat untuk merendah=rendahkannya.
- Tidak menjadikan jenaka sebagai kebiasaan.
- Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
- Bersesuaian dengan masa, tempat dan orang yang mendengar jenaka.
- Menjauhi jenaka yang akan membuatkan orang lain ketawa berlebihan kerana ketawa yang banyak akan menggelapkan hati.
- Sesungguhnya Rasulullah apabila ketawa Baginda hanya akan menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja.
(ILUVISLAM.COM)
No comments:
Post a Comment