Alunan Nasuha

Saturday, November 6, 2010

Larangan BERMEGAH dengan KETURUNAN

Allah SWT melarang manusia daripada bermegah-megah dengan asal-usul keturunan mereka, kerana :

1. Kejadian manusia berasal dari keturunan yang sama iaitu Nabi Adam AS. Sabda Rasulullah SAW dalam khutbah Hajjatul Wada' :

"Wahai manusia, ketahuilah bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu dan ayah kamu adalah satu. Tiada kelebihan bagi bangsa arab ke atas bangsa bukan arab dan tiada kelebihan bangsa bukan arab ke atas bangsa bukan arab, tiada kelebihan bagi orang yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam dan tiada kelebihan yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan dengan TAQWA.

2. Bermegah dengan keturunan adalah ciri yang dibenci Allah SWT. Firmannya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takabbur dan membangga-banggakan diri."

3. Sikap bermegah dengan keturunan adalah ciri fahaman masyarakat jahiliyah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Daripada Ibnu Umar radiallahuanhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan kota Mekah : "Wahai manusia! Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menghapuskan daripada kamu keburukan fahaman jahiliyah dan sikap sombong dengan keturunan. Maka manusia terbahagi kepada dua : Mukmin yang bertaqwa atau penjahat yang celaka, kamu adalah anak Adam dan Adam itu daripada tanah.

4. Keturunan tidak menjamin kelebihan seseorang disisi Allah SWT. Ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW :

Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa yang dilewatkan (daripada memasuki syurga) oleh amalan buruknya, dia tidak dapat dipercepatkan dengan keturunannya."

No comments:

Post a Comment