Alunan Nasuha

Saturday, December 11, 2010

Sesungguhnya

Sebenarnya hati ini cinta kepadaMU
sebenarnya diri ini rindu kepadaMU
tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir?
tapi aku tidak mengerti mengapa rindu belum berbunga?

sesungguhnya..
walau ku kutip semua permata di dasar lautan
sesungguhnya..
walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langitMU

namun cinta takkan hadir..
namun rindu tak akan berbunga..

ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepadaMU
tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seri...

ku cuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga
tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kauthar...

sesungguhnya..
walau ku kutip semua permata di dasar lautan
sesungguhnya..
walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langitMU

namun cinta takkan hadir..
namun rindu tak akan berbunga..
jika tidak mengharap rahmatMU
jika tidak menagih simpati
padaMU Ya Allah

Tuhan,
kurniakanlah kasihku kepadaMU
tuhan,
kurniakanlah rinduku kepadaMU
moga ku tahu syukurku adalah milikMU

...
Alhamdulilllah...
ana rasa tersentuh dengar lagu ni.
betapa suci dan besarnya kasih Allah terhadap kita semua.
tapi pernahkah anda berasa syukur dengan kasih sayangNYA? ikhlas atau tidak?
pernahkah anda berterima kasih ketika berdoa kepadaNYA?
pernahkah anda bersujud kepadaNYA dengan penuh rasa kasih, cinta dan rindu kerana terharu dengan belaian kasih yang Allah Berikan?
atau anda hanya kerap meminta-minta daripada menghargaiNYA?
bersyukurlah anda seorang hambaNYA yang Islam!
moga Allah bukakan hati kita semua untuk kasihkan DIA dan mantapkan keimanan kita..
amin Ya Rabbal 'Alamin

No comments:

Post a Comment