Alunan Nasuha

Monday, December 13, 2010

Wajarkah anda?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuhu wamaghfirotun waridhwan..

salam sejahtera. Salam ukhwah! Salam kesatuan!! Apa khabar saudara semua? Yeah!! Hidup mestilah ceria! Bila kita ceria baru kita ada semangat! Apabila kita bersemangat baru apa yang kita lakukan pun menjadi. OK kita straight to the point. Hari ini, pada saat ana menyatakan keceriaan ini, ana sebenarnya berasa sedih, kecewa, marah dan geram juga turut serta turun ke padang hati ana. Kenapa ya? Kerana ana melihat kenyataan hari ini manusia sudah tidak mahu memanusiakan diri mereka lagi. Jikalau anda tahu, mengikut terjemahan bahasa arab, manusia bererti pelupa. Namun, di sini ana tidak menekankan aspek pelupa pada maksud manusia tetapi ana mahu menekankan aspek maruah dan harga diri seseorang manusia.

Semalam, ana baca sebuah kenyataan di mana Israel mengatakan insiden yang berlaku di atas kapal mavi marmara mei lalu adalah atas dasar mempertahankan diri. Di manakah keadilan dunia hari ini? Bukankah insiden itu berlaku di dalam perairan antarabangsa? Jadi apa alasan yang dikatakan sebagai mempertahankan diri?

Ok. Sambung citer yang pertama tadi. Ana lihat umat islam hari ini sudah kehilangan budaya hidup mereka. Dunia dan hiburan disanjung tinggi sehingga kaca dan permata pun sudah bergabung sama. Seolah-olah mereka tiada mata hati untuk membuat perbandingan antara kebenaran dan kedustaan. itu satu hal. Hal lain pulak berkaitan dengan diri manusia itu sendiri. Saksikan sahajalah masalah global yang tidak surut. Sebagai contohnya, kita boleh jadikan masalah membuang bayi sebagai salah satu contoh ketidakbijakan remaja-remaja kita hari ini. Sudahlah melakukan zina dan maksiat, kemudian dibuangnya bayi yang tidak berdosa itu. YA, mungkin ada sebilangan pendapat yang mengatakan mereka tidak bersalah kerana tiada yang mahu mempedulikan ketandusan kasih sayang terhadap mereka. YA, ana juga turut setuju dengan pendapat itu namun ana ada pendapat yang ingin dikongsi bersama iaitu, jika benarlah remaja kita hari ini ketandusan kasih sayang, jadi di mana nilaian mereka terhadap kasih sayang Allah? Sebahagian remaja sangat mengagung-agungkan cinta kekasihnya tetapi mereka langsung tidak menghargai kasih Allah terhadap mereka. Jika hendak dikatakan mereka itu masih mentah, walhal maksiat pun sanggup mereka lakukan dan apakah itu boleh dipanggil budak MENTAH? Di mana kewarasan pemikiran manusia hari ini? Pergaulan antara lelaki dan perempuan juga telah hilang batasannya. Malahan, ada yang sanggup menyerahkan mahkota diri mereka kepada yang tidak berhak. Ana menjadi malu melihat perkara sebegini wujud dalam sebuah negara Islam! Apakah remaja perempuan sudah tidak mahu menghargai mahalnya diri mereka? Apakah ''virginity'' sudah tiada nilai pada pandangan mereka? Apakah seks bebas yang menjadi budaya masyarakat jahiliyyah dahulu bakal menjadi ikutan masyarakat kita??? Remaja kita adalah kekuatan bangsa! Jadi, jika inilah kekuatan kita hari ini, bagaimana umat islam nak berjaya esok hari?

Di mana peranan ibu bapa anak-anak remaja?
Di mana tanggungjawab mereka?
Di mana tanggungjawab remaja itu sendiri untuk menjaga maruah dan harga diri mereka?
Apakah 'virginity' sudah tiada dan hilang nilainya dimata para syabab kita?

Itulah soalan yang sering ana terfikir. Tapi bila hendak ditanyakan kepada sesiapa, ana tidak jumpa 'sesiapa' itu...

Oleh itu, marilah kita memanusiakan manusia yang hampir pupus dimuka bumi ini. Kita sepatutnya menghargai nikmat kurniaan yang Allah berikan. Cuba anda bayangkan kehidupan rakyat Palestin seharian, sudahlah negara dikepung oleh penjenayah paling hina dan pengecut di dunia ini iaitu Israel, bahkan hak mereka untuk mendapat bantuan juga telah dieksploitasi. Jika anda berada di tempat rakyat Palestin, mampukah anda meneruskan kehidupan dengan tabah jika kekuatan (remaja) anda sudah hilang?

jadi umat islam hari ini, ''wake uplah''! Dimana penghargaan anda terhadap mereka yang berjuang dengan darah untuk mempertahankan islam? atau anda sendiri memang tidak ambil kisah soal perjuangan? ana seru semua para pejuang islam! Bangkitlah demi islam! Kita semua sayangkan islam, jadi bangunlah bebaskan dirimu dari kepalsuan dusta dunia!

salam perjuangan,
ammarnaufalyassir

No comments:

Post a Comment