Alunan Nasuha

Saturday, June 12, 2010

Rasulullah...ku rindumu...

Seandainya Rasulullah berkunjung ke rumah kita...

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan izin Allah SWT mengetuk pintu rumah kita..
Beliau datang dengan wajah tersenyum dan wajah bersih berseri di depan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan?

Mestinya kita akan merasa sangat bahagia..
memeluk erat-erat lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita.

Kemudian tentunya kita akan memohon dengan sangat berharap agar Rasulullah SAW sudi menginap dirumah kita untuk beberapa hari.

Beliau tentu tersenyum...

Tapi barangkali pula kita akan meminta Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu rumah kita kerana teringat VCD dan PLAY STATION yang ada diruang tengah...
Dan kita tergesa-gesa memindahkannya ke dalam.

Beliau tentu tersenyum...

Atau barangkali kita teringat pada gambar wanita mengumbar aurat yang kita pajang diruang tamu kita...
Sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang juga dengan tergesa-gesa.

Beliau tentu tersenyum...

Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita?

Barangkali kita akan teringat adik kita lebih hafal lagu-lagu Radja dan Peterpan berbanding selawat kepada Rasulullah SAW.

Barangkali kita menjadi malu kerana adik-adik kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah hidup Rasulullah SAW...kerana kita lupa dan lalai mengajari adik-adik kita.

Beliau tentu tersenyum...

Barangkali kita menjadi malu kerana adik-adik kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan para sahabat...
tetapi..
hafal di luar kepala nama tokoh-tokoh filem Harry Potter ataupun bintang bola sepak kegemarannya..

Barangkali kita terpaksa menyulap sebuah kamar untuk dijadikan kamar solat.
Barangkali baru kita sedar bahawa para wanita dirumah kita tidak memiliki satupun pakaian solat yang wajar dipakai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW..

Beliau tentu tersenyum..

Belum lagi koleksi buku dan kaset kita dan adik-adik kita...
Malahan poster untuk tatapan mata bagi artis-artis yang hebat di luar sana..

Ke mana harus kita menyingkirkan kesemua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?

Barangkali kta menjadi malu kerana pada saat maghrib keluarga kita sibuk di hadapan televisyen.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak biasa membaca Al-Quran.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita tidak mengenal jiran tetangga di sebelah rumah.

Beliau tentu tersenyum...

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan nama tukang sampah yang setiap hari lewat di hadapan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan nama penjaga masjid di kampung kita.

Betapa senyum beliau masih di situ...

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tibba-tiba muncul di depan pintu rumah kita.
Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita?

Ataukah akhirnya dengan berat hati kita akan menolak kunjungan beliau ke rumah kita kerana hal itu akan membuat kita tidak keruan dan malu??

Maafkan kami Ya Rasulullah....

Masihkah beliau tersenyum...???

Senyum pilu..
Senyum sedih..
Senyum getir...

MasyaAllah!!!

No comments:

Post a Comment