Alunan Nasuha

Saturday, July 3, 2010

....Racun C.I.N.T.A....

Jika antum ditanya, "mengapa tidak ber'couple/tiada teman lelaki/teman wanita'?"

Jawapannya :

•Saya telah melihat banyak insan yang bercinta, dan saya menginsafi bahawa betapa besar biusan cinta yang mampu mengubah madu menjadi racun begitu juga sebaliknya. Yang lebih parah lagi jika cinta menjadi sebab manusia membelakangkan agama. Saya kira saya tidak kuat untuk menghadapi cabaran cinta ini, maka saya mengundur diri dari bercinta pada yang tidak halal.

• Saya sangat-sangat mendambakan cinta dan redha Allah dalam kehidupan saya yang tidak akan dapat saya raih jika saya tidak menjaga keberkatan dalam kehidupan saya. Mana mungkin rumahtangga yang saya harapkan menjadi syurga dunia dan akhirat saya dilimpahi keberkatan jika pada awalnya saya melanggar syariat-Nya.

• Saya malu pada diri jika saya gagal menjadi contoh yang baik kepada insan sekeliling. Lebih malu lagi dengan Allah S.W.T kerana telah melanggar garisan syariat-NYA.


Oleh itu :


•Saya ingin merasa manisnya bercinta selepas nikah. Kemanisan mencintai yang halal dan diredhai. Bercinta tanpa rasa takut, bimbang atau was-was kerana ianya adalah yang haq. Bercinta dengan penuh yakin bahawa itulah cinta yang diperintahkan Allah untuk dijagai dan disuburkan. Manisnya cinta ini lebih terasa jika mujahid dan mujahidah menjauhi larangan Allah dan akhirnya dibuktikan dengan ikatan yang suci lagi indah iaitu ijabkabul. Kemanisan ini mana mungkin bisa dirasai jika sebelumnya telah terbiasa melanggari hukum-Nya.


Doa.....

Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman, dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku. Jadikanlah cinta-Mu dan cinta Rasul-Mu sebagai cinta yang menunjangi cintaku dari awal hingga akhir. Jadikanlah cintaku ini cinta yang Kau redhai ya Allah. Jadikanlah cinta ini cinta yang menambahkan cintaku pada-Mu dan Rasul-Mu. Jadikanlah cinta ini sebagai penguat semangat untukku berjuang di jalan-Mu. Jadikanlah cintaku ini kekal hingga ke syurga-Mu. Amin...

Wallahua'lam.

.:: syukran ukhti Suluh Hati ::.

No comments:

Post a Comment