Alunan Nasuha

Thursday, November 25, 2010

Tajuk ; Yang tiada Tajuk

Teman..

Jika hari ini aku terlalu gembira,

sedarkanlah aku dengan amaran-amaran ALLAH..

Jika kubersedih tanpa kata,

pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta..

Jika kehidupanku tidak sempurna,

hadirkanlah dirimu untuk menyempurnakannya..

Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,

ajaklah aku meleraikannya segera..

Jika pernah hatimu terluka,

luahkanlah agar aku berubah..

Jikaku lemah tak berdaya,

ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..

Jika denyutan nadiku sampai ke penghujung nafasku,

ajarkanlah aku menyebut kalimah-kalimah ALLAH YANG MAHA AGUNG..

Jika telingamu mendengar berita pemergianku,

ikhlaskanlah tanganmu memikul jasadku yang tiada bernyawa ke pusara

iringilah aku dengan setangkai doa bersama kalungan Al-Fatihah

moga ia menerangi lena panjangku nanti

harapanku moga dikau redha dengan kehadiran dan pemergianku

kerana...

setiap pertemuan..,

pasti akan hadirnya perpisahan..

ingatlah daku dalam doamu selalu..

terima kasih kerana pernah menyayangi diriku

..

..

No comments:

Post a Comment