Alunan Nasuha

Friday, December 31, 2010

Syukran Ya Allah

Ya Allah..
aku rinduMU..
terima kasih Ya Allah untuk segalanya..
tanpaMU Allah.. siapalah aku..
moga Kau temani aku melalui kehidupan ini..
kuatkanlah iman dan hatiku..

Allah..
i wanna thank you for all the things that You've done to me for all my years i've been through..
i wanna thank you for every breath for whole my life..
i wanna thank you cause You've chose and placed me in your way..

Ya Allah..
who am i without You..
Ya Allah..
may You bless us with rahmah wa barakah..

Ya Allah..
thank you for open my heart..
thank You for open the doors for me..
thank You for guiding me in my way..

its all for You, Allah
i love You, Allah..

Monday, December 13, 2010

Wajarkah anda?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuhu wamaghfirotun waridhwan..

salam sejahtera. Salam ukhwah! Salam kesatuan!! Apa khabar saudara semua? Yeah!! Hidup mestilah ceria! Bila kita ceria baru kita ada semangat! Apabila kita bersemangat baru apa yang kita lakukan pun menjadi. OK kita straight to the point. Hari ini, pada saat ana menyatakan keceriaan ini, ana sebenarnya berasa sedih, kecewa, marah dan geram juga turut serta turun ke padang hati ana. Kenapa ya? Kerana ana melihat kenyataan hari ini manusia sudah tidak mahu memanusiakan diri mereka lagi. Jikalau anda tahu, mengikut terjemahan bahasa arab, manusia bererti pelupa. Namun, di sini ana tidak menekankan aspek pelupa pada maksud manusia tetapi ana mahu menekankan aspek maruah dan harga diri seseorang manusia.

Semalam, ana baca sebuah kenyataan di mana Israel mengatakan insiden yang berlaku di atas kapal mavi marmara mei lalu adalah atas dasar mempertahankan diri. Di manakah keadilan dunia hari ini? Bukankah insiden itu berlaku di dalam perairan antarabangsa? Jadi apa alasan yang dikatakan sebagai mempertahankan diri?

Ok. Sambung citer yang pertama tadi. Ana lihat umat islam hari ini sudah kehilangan budaya hidup mereka. Dunia dan hiburan disanjung tinggi sehingga kaca dan permata pun sudah bergabung sama. Seolah-olah mereka tiada mata hati untuk membuat perbandingan antara kebenaran dan kedustaan. itu satu hal. Hal lain pulak berkaitan dengan diri manusia itu sendiri. Saksikan sahajalah masalah global yang tidak surut. Sebagai contohnya, kita boleh jadikan masalah membuang bayi sebagai salah satu contoh ketidakbijakan remaja-remaja kita hari ini. Sudahlah melakukan zina dan maksiat, kemudian dibuangnya bayi yang tidak berdosa itu. YA, mungkin ada sebilangan pendapat yang mengatakan mereka tidak bersalah kerana tiada yang mahu mempedulikan ketandusan kasih sayang terhadap mereka. YA, ana juga turut setuju dengan pendapat itu namun ana ada pendapat yang ingin dikongsi bersama iaitu, jika benarlah remaja kita hari ini ketandusan kasih sayang, jadi di mana nilaian mereka terhadap kasih sayang Allah? Sebahagian remaja sangat mengagung-agungkan cinta kekasihnya tetapi mereka langsung tidak menghargai kasih Allah terhadap mereka. Jika hendak dikatakan mereka itu masih mentah, walhal maksiat pun sanggup mereka lakukan dan apakah itu boleh dipanggil budak MENTAH? Di mana kewarasan pemikiran manusia hari ini? Pergaulan antara lelaki dan perempuan juga telah hilang batasannya. Malahan, ada yang sanggup menyerahkan mahkota diri mereka kepada yang tidak berhak. Ana menjadi malu melihat perkara sebegini wujud dalam sebuah negara Islam! Apakah remaja perempuan sudah tidak mahu menghargai mahalnya diri mereka? Apakah ''virginity'' sudah tiada nilai pada pandangan mereka? Apakah seks bebas yang menjadi budaya masyarakat jahiliyyah dahulu bakal menjadi ikutan masyarakat kita??? Remaja kita adalah kekuatan bangsa! Jadi, jika inilah kekuatan kita hari ini, bagaimana umat islam nak berjaya esok hari?

Di mana peranan ibu bapa anak-anak remaja?
Di mana tanggungjawab mereka?
Di mana tanggungjawab remaja itu sendiri untuk menjaga maruah dan harga diri mereka?
Apakah 'virginity' sudah tiada dan hilang nilainya dimata para syabab kita?

Itulah soalan yang sering ana terfikir. Tapi bila hendak ditanyakan kepada sesiapa, ana tidak jumpa 'sesiapa' itu...

Oleh itu, marilah kita memanusiakan manusia yang hampir pupus dimuka bumi ini. Kita sepatutnya menghargai nikmat kurniaan yang Allah berikan. Cuba anda bayangkan kehidupan rakyat Palestin seharian, sudahlah negara dikepung oleh penjenayah paling hina dan pengecut di dunia ini iaitu Israel, bahkan hak mereka untuk mendapat bantuan juga telah dieksploitasi. Jika anda berada di tempat rakyat Palestin, mampukah anda meneruskan kehidupan dengan tabah jika kekuatan (remaja) anda sudah hilang?

jadi umat islam hari ini, ''wake uplah''! Dimana penghargaan anda terhadap mereka yang berjuang dengan darah untuk mempertahankan islam? atau anda sendiri memang tidak ambil kisah soal perjuangan? ana seru semua para pejuang islam! Bangkitlah demi islam! Kita semua sayangkan islam, jadi bangunlah bebaskan dirimu dari kepalsuan dusta dunia!

salam perjuangan,
ammarnaufalyassir

Saturday, December 11, 2010

Sesungguhnya

Sebenarnya hati ini cinta kepadaMU
sebenarnya diri ini rindu kepadaMU
tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir?
tapi aku tidak mengerti mengapa rindu belum berbunga?

sesungguhnya..
walau ku kutip semua permata di dasar lautan
sesungguhnya..
walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langitMU

namun cinta takkan hadir..
namun rindu tak akan berbunga..

ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepadaMU
tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seri...

ku cuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga
tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kauthar...

sesungguhnya..
walau ku kutip semua permata di dasar lautan
sesungguhnya..
walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langitMU

namun cinta takkan hadir..
namun rindu tak akan berbunga..
jika tidak mengharap rahmatMU
jika tidak menagih simpati
padaMU Ya Allah

Tuhan,
kurniakanlah kasihku kepadaMU
tuhan,
kurniakanlah rinduku kepadaMU
moga ku tahu syukurku adalah milikMU

...
Alhamdulilllah...
ana rasa tersentuh dengar lagu ni.
betapa suci dan besarnya kasih Allah terhadap kita semua.
tapi pernahkah anda berasa syukur dengan kasih sayangNYA? ikhlas atau tidak?
pernahkah anda berterima kasih ketika berdoa kepadaNYA?
pernahkah anda bersujud kepadaNYA dengan penuh rasa kasih, cinta dan rindu kerana terharu dengan belaian kasih yang Allah Berikan?
atau anda hanya kerap meminta-minta daripada menghargaiNYA?
bersyukurlah anda seorang hambaNYA yang Islam!
moga Allah bukakan hati kita semua untuk kasihkan DIA dan mantapkan keimanan kita..
amin Ya Rabbal 'Alamin

Thursday, November 25, 2010

..Maher Zain (^_^)'















Bila manusia dirasuki CINTA

Cinta terkadang BERMULA dimata
sedangkan rasa SUKA dimulai dari telinga
jadi jika kau mahu berhenti MENYUKAI seseorang
cukup dengan menutup telingamu
tetapi apabila KAU mencuba menutup mata
dari orang yang KAU cintai
cinta itu berubah menjadi air mata
dan terus tetap tinggal dihatimu
oleh itu,
CINTAI dan SUKAILAH ALLAH
diadaptasi oleh kata2 Ustaz Zawawi Mohamed

Tajuk ; Yang tiada Tajuk

Teman..

Jika hari ini aku terlalu gembira,

sedarkanlah aku dengan amaran-amaran ALLAH..

Jika kubersedih tanpa kata,

pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta..

Jika kehidupanku tidak sempurna,

hadirkanlah dirimu untuk menyempurnakannya..

Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,

ajaklah aku meleraikannya segera..

Jika pernah hatimu terluka,

luahkanlah agar aku berubah..

Jikaku lemah tak berdaya,

ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..

Jika denyutan nadiku sampai ke penghujung nafasku,

ajarkanlah aku menyebut kalimah-kalimah ALLAH YANG MAHA AGUNG..

Jika telingamu mendengar berita pemergianku,

ikhlaskanlah tanganmu memikul jasadku yang tiada bernyawa ke pusara

iringilah aku dengan setangkai doa bersama kalungan Al-Fatihah

moga ia menerangi lena panjangku nanti

harapanku moga dikau redha dengan kehadiran dan pemergianku

kerana...

setiap pertemuan..,

pasti akan hadirnya perpisahan..

ingatlah daku dalam doamu selalu..

terima kasih kerana pernah menyayangi diriku

..

..

Thursday, November 11, 2010

Allah, help me!

Doa untuk hindarkan diri dari akhlak buruk :

"Wahai Tuhanku, tumbuhkanlah dalam dadaku rasa cinta terhadap diriMU dan jadikanlah aku seseorang yang merasa hina terhadap diriMU yang besar di mata manusia, jauhkanlah dariku perangai-perangai yang buruk"

amiin Ya Rabbal 'aalamiinn.

La Tahzan Ya qalbi...

"Kasihilah orang yang engkau kasihi sekadarnya, mungkin dia akan menjadi orang yang engkau benci suatu hari nanti. Bencilah orang yang engkau musuhi sekadarnya, mungkin dia akan menjadi kesayanganmu pula suatu hari nanti".

Riwayat Al-Tarmidzi

hati kenapa ni...??!

Saturday, November 6, 2010

Larangan BERMEGAH dengan KETURUNAN

Allah SWT melarang manusia daripada bermegah-megah dengan asal-usul keturunan mereka, kerana :

1. Kejadian manusia berasal dari keturunan yang sama iaitu Nabi Adam AS. Sabda Rasulullah SAW dalam khutbah Hajjatul Wada' :

"Wahai manusia, ketahuilah bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu dan ayah kamu adalah satu. Tiada kelebihan bagi bangsa arab ke atas bangsa bukan arab dan tiada kelebihan bangsa bukan arab ke atas bangsa bukan arab, tiada kelebihan bagi orang yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam dan tiada kelebihan yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan dengan TAQWA.

2. Bermegah dengan keturunan adalah ciri yang dibenci Allah SWT. Firmannya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takabbur dan membangga-banggakan diri."

3. Sikap bermegah dengan keturunan adalah ciri fahaman masyarakat jahiliyah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Daripada Ibnu Umar radiallahuanhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan kota Mekah : "Wahai manusia! Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menghapuskan daripada kamu keburukan fahaman jahiliyah dan sikap sombong dengan keturunan. Maka manusia terbahagi kepada dua : Mukmin yang bertaqwa atau penjahat yang celaka, kamu adalah anak Adam dan Adam itu daripada tanah.

4. Keturunan tidak menjamin kelebihan seseorang disisi Allah SWT. Ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW :

Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa yang dilewatkan (daripada memasuki syurga) oleh amalan buruknya, dia tidak dapat dipercepatkan dengan keturunannya."

Batasan dalam BERGURAU SENDA

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!"

Riwayat Abu Daud

Membuat orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah SAW juga berjenaka dengan ahli keluarganya dan para sahabat Baginda. Namun begitu, adab-adab bergurau senda telah digariskan oleh agama Islam, seperti :

  • Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah SAW.
  • Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan memperkatakan tentang kekurangannya.
  • Gurauan itu bukan ghibah (umpatan) seperti memburukkan seseorang itu dengan niat untuk merendah=rendahkannya.
  • Tidak menjadikan jenaka sebagai kebiasaan.
  • Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
  • Bersesuaian dengan masa, tempat dan orang yang mendengar jenaka.
  • Menjauhi jenaka yang akan membuatkan orang lain ketawa berlebihan kerana ketawa yang banyak akan menggelapkan hati.
  • Sesungguhnya Rasulullah apabila ketawa Baginda hanya akan menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja.

(ILUVISLAM.COM)

Friday, November 5, 2010

take a look!!

To love someone is nothing,
to be loved by someone is something,
to be loved by someone you loved is exciting,

BUT,

to be loved by ALLAH is everything..

MUSLIMS and MUSLIMAHS, ALLAH loves you!!


Wednesday, September 29, 2010

Qiamullail

"Wahai orang yang berselimut (Muhammad)! Bangunlah (untuk solat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) separuh daripada waktu malam atau kurangilah dari separuh itu sedikit, atau lebihkan sedikit daripadanya. Dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan. (Dialah) Tuhan (yang menguasai) masyrik dan maghrib, tiada Tuhan melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung. Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.

(Surah Al-Muzammil ; ayat 1-10)

Terdapat banyak riwayat yang menjelaskan tentang sebab nuzul (turunnya) ayat 'qiamullail'. Menurut u'lama tafsir, sewaktu Rasulullah SAW didatangi Jibril AS pada kali pertama di gua Hiraq Baginda terkejut dan terus pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan dan bersabda kepada isterinya : "Selimutkanlah aku, selimutkanlah aku..." Kemudian turunlah ayat ini.

Pada mulanya, hukum qiamullail menjadi wajib ke atas Rasulullah SAW dan para sahabat pada setiap malam berdasarkan ayat 'qiamullail'. Kemudian ayat ini dimansuhkan oleh ayat ke 20 surah Al-Muzammil iaitu 'faqro u ma tayassara minal qurani. Berdasarkan ayat ke-20 ini, qiamullail menjadi sunat kepada para sahabat dan orang mu'min tetapi tetap menjadi wajib bagi Rasulullah SAW.

Saturday, September 18, 2010

Palestine, We Always Be By Your Side..

Everyday we tell each other that this day will be the last..

.....and tomorrow we all can go home free.....

..and all this will finally end..


i pray...

Palestine tomorrow will be free..

no mother..

no father..
to wipe away my tears..


...that's why i won't cry..




i feel scared..

But i won't show my fears...

i keep my head high

deep in my heart.. i never have any doubt,


that my Palestine tomorrow will be free..


...............................................................................


I saw those rockets and bombs shining in the sky

like drops of rain in the sun's light..



taking away everyone dear to my heart..


they destroying my dreams in a blink of an eye


WHAT HAPPENED TO OUR HUMAN RIGHTS?
WHAT HAPPENED TO THE SANCTITY OF LIFE?
AND ALL THOSE OTHER LIES?



WHERE'S THE ANSWER OF ALL THIS???



i know that i'm only a child..
but is your conscience still alive


i will caress with my bare hands

Every precious grain of sand

Every stone and every tree..

Cause no matter what they do

they can never hurt you..

coz your soul will always be free


and..
Palestine tomorrow will be free
My Palestine tomorrow will be free...

HE always be there

Allahu Akhbar..

if you ask me about love

and what i know about it
my answer would be


it's everything about Alllah

The pure love to our souls


The creator of you and me


the heaven and the universe

The One that made us whole and free


The Guardian of His true believers




so when the time is hard


there's no way to turn


as He promise He will always be there


to bless us with His love and His mercy


coz as He promise He will always be there

He always watching us, guiding us

and He knows what's in all in our heart




so when you lose your way


to Allah you should turn


as He promise He will always be there



He brings ourselves from the darkness into the light



....Subhanallah...


praise belongs to You for everything


shouldn't never feel afraid of anything


as long as we follow His guidance all the way



through the short time we have in this life



-soon it's all will over-

and we"ll be in His heaven and we"ll be fine


so when the time gets hards


there's no way to turn



as He promise He will always be there



to bless us with His love ang His mercy



coz as He promise He will always be there



He always watching us, guiding us



and He knows what's in all in our heart



so when you lose your way


to Allah you should turn


as He promise He will Always be there

Allahu Akhbar...

Friday, September 17, 2010

InchaAllah

si parfois tu as du mal a'vance
si tu te sent seul
si tu te sent paume'
quard la nuit s'e'ternise
que l'obscurite' t'oppresse
meme d'esempare'
meme si tu sais quelle voie suivre
ne baisse pas les bras et ne perd pas espoir
car Allah est toujours proche de toi
inchaAllah
inchaAllah
inchaAllah
tu trouveras ta voie

si parfois tu comment tans de fautes
que pour te repentir
tu pense qu'il est trop tard
tellement confus des mauvais choix que tu fais
qui rend tout ton esprit
et emplisse ton coeur de haut
ne baisse pas les bras et ne perd pas espoir
car Allah est toujours proche de toi
inchaAllah
inchaAllah
inchaAllah
tu trouveras ta voie

vas vers Allah
il n'est jamais tre's loin
fais lui confiance le've tes mains et pris
ouh Ya Allah...
guide nos pas et prote'ge nous de l'errance
tu es le seul qui puisse
montrer la voie' (4x)

inchaAllah
inchaAllah
inchaAllah
nous trouverans notre voie..

Tuesday, August 31, 2010

Allah est toujours proche de toi..

assalamualaikum...

salam ramadhan..

sekarang rasa seronok dengar lagu maher zain..

lebih2 lg insyaAllah yg french version punya..

sampai sini je..

semoga ramadhan kali ni dpt mbawa barakah dlm hidup kita

ne baisse pas les bras et ne perd pas espoir car..

Allah est toujours proche de toi..

insyaAllah... tu trouveras ta voie

&

nous trouverons notre voie...

wassalam...

InsyaAllah...

Everytime....

you feel so lost
that your so alone....

all you see is night and darkness all around

you feel so helpless
you can't see which way to go....





don't despair and never loose hope.....


.....cause Allah is always by your side.....



insyaAllah...
insyaAllah...
insyaAllah...

you'll find your way....


everytime you can make one more mistake....
you feel you can't repent
and that its way too late....


you're so confused, wrong decisions you have made
haunt your mind and your heart is full of shame....


don't despair and never loose hope......


......cause Allah is always by your side.......

insyaAllah...
insyaAllah....
insyaAllah...
you'll find your way....

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


turn to Allah....

He's never far away..

put your trust in Him

raise your hands and pray...


0000 Ya Allah
guide my steps don't let me go a stray
You're the only one that showed me the way
showed me the way...
showed me the way...


insyaAllah....
insyaAllah....
insyaAllah....

we'll find your way......

Thursday, August 26, 2010

For The Rest of My Life ~ Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
you found me home and sail with me
and I'm here with you..



Now let me let you know......


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _



You've opened my heart........



I was always thinking that love was wrong..



but everything was changed when you came along.......


0000....

- and theres a couple words I want to say :

  • for the rest of my life...

I'll be with you..

I'll stay by your side.. honest and true..

till the end of my time..

I'll be loving you... loving you.

  • for the rest of my life

through days and night..

I'm thank Allah... for open my eyes....

now and forever I .....

I'll be there for you...

i know that deep in my heart.....

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

I feel so blessed when I think of you.

and I ask Allah to bless all we do...

you're my wife and my friend and my strength..

and I pray we're together in Jannah....

Now I find myself so strong.

and everything was changed when you came along..

00000....

and theres a couple words I want to say..

For the rest of my life, i'll be with you, i'll stay by your side... honest and true... till the end of my time.. i'll be loving you, loving you..

For the rest of my life.. through days and night, i'm thank Allah for open my eyes, now and forever I.... I'll be loving you... i know that deep in my heart...

now that you're here..

infront of me.. I strongly feel love..

...and I have no doubt...

and i'm singing loud.. that I'll love you eternally...

~I know that deep in my heart~

the truth,
Ammar Naufal Yassir

Sunday, August 8, 2010

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rojiu'nn

tiap detik yang berlalu...
hatiku kian resah
bila kurenung pada tarikh
terasa kematian berada di hadapan
andaikan ia sejengkal lagi
bagaimana inginku tebus dosa-dosa lalu?
tidak mungkin diri ini diterima
andai kematian datang tiba-tiba...

perjalanan hidupku masih jauh
tapi soal kematian..aku tidak pasti..
jika esok..maka esoklah..
jika disaat ini..maka berakhirlah..
adakah sudah cukup aku berbakti kepada dunia??
agama, ummah, negara, ibu bapa hatta diriku sendiri
sudah cukupkah?

kadangkala terfikir..
andai amalanku bisa menyamai amalan para ulama..
pasti indah jannah yang bakal ku raih kelak..
tapi..
bisakah??

Ya Allah..
meskipun lelah ku redah daerah cintaMU
namun masih aku mengharap keampunan dan keredhaanMU..
kerna Engkaulah Tuhanku Yang Satu
Engkaulah Yang Menciptakanku
maka bantulah aku..

Destinasi cintaku hanya ada padaMU, Rabbul Izzati....

Tuesday, July 13, 2010

[.::Taubatannasuha::.]

"Di manakah aku? Oh Tuhan, jangan Engkau biarkan aku keseorangan dalam kegelapan ini! Tolonglah aku, Tuhanku!" Ilham menjerit. Namun, jeritan itu tidak sampai ke mana-mana. Jeritan itu hanya bergema dalam hatinya sahaja.

Namun demikian, Ilham yakin bahawa Tuhan Maha Mengetahui maksud dalam hatinya. Dia hendak lari daripada kegelapan yang menyesakkan pernafasannya. Namun ke mana harus dia lari?

Kini, Ilham teringat kembali. Dia teringat akan tubuhnya yang ditinggalkan di dunia. Namun fikirannya buntu untuk memikirkan jalan kembali. Keadaan di sekelilingnya pula gelap-gelita dan sunyi sepi. Dalam keadaan itu, tiba-tiba dia terpandang akan cahaya yang berkelip-kelip kecil. Cahaya itu mengarah kepadanya.

"Ah, cahaya! Adakah cahaya itu untukku?", tanya Ilham.
Kini, cahaya itu semakin mendekatinya. Dia pun menggenggam cahaya sebesar lubang jarum itu dengan rakus.

"Cahaya ini tentu amat berguna kepadaku dalam keadaan yang gelap ini," kata Ilham dengan gembira.

"Tahukah kamu cahaya apa yang berada di dalam genggamanmu itu?" Tiba-tiba suatu suara berdesing ditelinganya. Namun, suara itu tidak diendahkannya.

"Itulah cahaya yang bakal menyuluh jalan untuk kamu ke akhirat kelak. Cahaya itu sepadan dengan kebaikan yang telah kamu lakukan di dunia ini," kata suara itu lagi.

"Hai, suara! Siapakah kamu? Aku tidak percaya akan kata-katamu itu. Bukankah aku selalu membuat kebajikan semasa di dunia? Berjuta-juta ringgit kudermakan kepada orang-orang miskin." Ilham memberikan penjelasan.

Tiba-tiba Ilham terpandang akan suatu lembaga di layar perak di depannya. Rupa-rupanya dialah lembaga itu. Lembaga yang menyerupainya itu terbaring di atas meja bedah. Dadanya terbuka luas. Ilham dapat melihat dengan jelas sel-sel darah merah dan putih di dalam badan lembaga itu bercampur baur dengan cecair seperti arak. Tangannya pula diselaputi najis dan kelihatan berkarat. Apabila melihat keadaan itu, dengan serta-merta Ilham menjerit.

"Apakah ertinya kejadian ini?" Ilham semakin bingung.

"Tidak perlu kujelaskan lagi. Kamu tentu mengetahui setiap perbuatan kau di dunia. Makanan dan minuman kamu dari sumber yang haram. Tangan, muka, rambut serta kedua-dua belah kakimu tidak pernah basah dengan air sembahyang. Kamu banyak menderma, tetapi minta dipuji," suara itu memberikan penjelasan.

"Tidak! Tidak! Itu tidak benar. Biarkan aku di sini. Jangan mengganggu aku," Ilham berteriak.

Sejurus kemudian, suatu suara lain pula mencelah. "Aku bersimpati dengan nasibmu. Namun aku tidak dapat berbuat apa-apa. Kamu telah ditentukan oleh Tuhan untuk menerima balasan yang setimpal dengan perbuatanmu. Seandainya kamu diberi peluang, maka bertaubatlah. Kembalilah ke jalan yang benar."

Tiba-tiba suara itu ghaib. Serentak dengan itu, ternampak oleh Ilham cahaya biru yang samar-samar. Cahaya itu menerangi kelilingnya. Terlihat olehnya wajah-wajah yang kabur di hadapannya. Dikerdipkan kelopak matanya berkali-kali. Akhirnya wajah-wajah yang kabur tadi sudah jelas kelihatan.

"Isteriku! Doktor!" Batinnya menjerit. Kini, dia memahami hal yang sebenarnya. "Bersyukurlah kepada Tuhan, bang. Abang selamat menjalani pembedahan," kata Munirah, isteri Ilham.

Alhamdulillah. Syukur kerana dia masih diberi peluang untuk bertaubat kepada Allah. Ilham berjanji bahawa dia akan menbus kembali dosa-dosanya yang lalu dengan taubat dan amal ma'ruf yang diredhai-NYA.

Saturday, July 3, 2010

Ayah & Ibu


Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa

Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka

Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta

Wahai Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara

Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa

....Racun C.I.N.T.A....

Jika antum ditanya, "mengapa tidak ber'couple/tiada teman lelaki/teman wanita'?"

Jawapannya :

•Saya telah melihat banyak insan yang bercinta, dan saya menginsafi bahawa betapa besar biusan cinta yang mampu mengubah madu menjadi racun begitu juga sebaliknya. Yang lebih parah lagi jika cinta menjadi sebab manusia membelakangkan agama. Saya kira saya tidak kuat untuk menghadapi cabaran cinta ini, maka saya mengundur diri dari bercinta pada yang tidak halal.

• Saya sangat-sangat mendambakan cinta dan redha Allah dalam kehidupan saya yang tidak akan dapat saya raih jika saya tidak menjaga keberkatan dalam kehidupan saya. Mana mungkin rumahtangga yang saya harapkan menjadi syurga dunia dan akhirat saya dilimpahi keberkatan jika pada awalnya saya melanggar syariat-Nya.

• Saya malu pada diri jika saya gagal menjadi contoh yang baik kepada insan sekeliling. Lebih malu lagi dengan Allah S.W.T kerana telah melanggar garisan syariat-NYA.


Oleh itu :


•Saya ingin merasa manisnya bercinta selepas nikah. Kemanisan mencintai yang halal dan diredhai. Bercinta tanpa rasa takut, bimbang atau was-was kerana ianya adalah yang haq. Bercinta dengan penuh yakin bahawa itulah cinta yang diperintahkan Allah untuk dijagai dan disuburkan. Manisnya cinta ini lebih terasa jika mujahid dan mujahidah menjauhi larangan Allah dan akhirnya dibuktikan dengan ikatan yang suci lagi indah iaitu ijabkabul. Kemanisan ini mana mungkin bisa dirasai jika sebelumnya telah terbiasa melanggari hukum-Nya.


Doa.....

Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman, dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku. Jadikanlah cinta-Mu dan cinta Rasul-Mu sebagai cinta yang menunjangi cintaku dari awal hingga akhir. Jadikanlah cintaku ini cinta yang Kau redhai ya Allah. Jadikanlah cinta ini cinta yang menambahkan cintaku pada-Mu dan Rasul-Mu. Jadikanlah cinta ini sebagai penguat semangat untukku berjuang di jalan-Mu. Jadikanlah cintaku ini kekal hingga ke syurga-Mu. Amin...

Wallahua'lam.

.:: syukran ukhti Suluh Hati ::.

Friday, June 25, 2010

Wanita yang Meninggikan Sanggul.....

Persoalan tentang wanita yang berjilbab lalu mereka meninggikan sanggul...

Kini, ramai muslimah yang meninggikan ikatan rambut supaya nampak lebih menarik....
Malahan, ada yang 'sengaja' memakai penyepit rambut supaya sanggul rambut di belakang tampak lebih tinggi dan 'cantik'.

masalahnya..
perbuatan seperti ini akan menimbulkan fitnah...
di mana kaum muslimin akan dapat membayangkan kepanjangan rambut wanita tersebut..
dan mendefinisikan wanita tersebut mempunyai rambut yang panjang...
Subhanallah!!!

Nabi SAW ada menyifatkan wanita yang berjilbab lantas mereka meninggikan sanggul tersebut dengan sengaja adalah seperti "bonggol unta"....


Kesimpulannya...
Meninggikan sanggul sehingga dapat dilihat oleh lelaki ajnabi adalah dilarang agama..
Sesungguhnya "innamal a'maalu binniat, wa innama likullim ri im maa nawaa"...
sesuatu perbuatan itu bermula dengan niat..

jadi sama-samalah kita pelihara niat dihati... niat dihati hanya Allah 'Azza Wa Jalla dan kita sahaja yang tahu...jadi tak perlulah para muslimah diluar sana membohongi niat dihati..
Bersanggullah mengikut kemampuan dan tidak melebihi piawaian agama...


...............niat kita, kita yang tahu =)..................

sekian.....

para muslimah!!!
selamat beramal....;)


yang tulus,
ammarnaufal ibnu yassir

Wednesday, June 23, 2010

Universiti Islam Madinah...

UNIVERSITI ISLAM MADINAH.........
impian punah tinggal harapan...

Ya Allah...
adakah benar memang tiada peluangku berpijak di bumi para anbiya'????
Demi Allah.....
ana uriidu.....

sai'd abiiduka Ya Allah....



p/s .......
wala tahzan ikhwan au akhowat yang sama nasib dgn ana....
mungkin ada rezeki Allah di mana2 selain UIM...
insyaAllah..
kpd ikhwan yang diterima kemasukan ke UIM....
mabruk a'laikum.....
mabruk juga atas muqabalah yang berjaya..
semoga Allah melindungi kalian..

wallahua'lam

*iman*

Apabila iman sudah lenyap maka tiada lagi erti keamanan,
Dan sesungguhnya tiada erti kehidupan dunia bagi orang yang tidak mendirikan agama,
Sesungguhnya orang yang redha menjadikan kehidupan dunianya sunyi daripada agama,
Dia telah menjadikan kehancuran itu sebagai teman karibnya.....


MasyaAllah!!!

[ peliharalah imanmu.... ]

[.::PeNaWaR::.]

Dan di antara manusia, ada yang sanggup mengorbankan dirinya kerana Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hambaNYA...

(Surah Baqarah ; 207)

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


Maka biarkanlah mereka tertawa sedikit dan menangis yang banyak, sebagai balasan terhadap apa yang selalu mereka perbuat.

(Surah Taubah ; 82)

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah nescaya DIA akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu...

(Surah Taghabun ; 11)

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa...

(Surah An-Nisa' ; 149)

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya ; dan apa sahaja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorang pun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan DIALAH Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana...

(Surah Fatir ; 2)

Sunday, June 20, 2010

Ingin melihat Tuhan....

Dari Abdullah bin Syaqiq, katanya : "kataku kepada Abu Zar: sekiranya saya berjumpa dengan Rasulullah SAW, nescaya kutanyakan kepada beliau satu soalan. Kata Abu Zar: "Tentang apa? ". Jawab Abdullah : "Apakah Tuan melihat Allah?". Kata Abu Zar: "Itu pernah ku tanyakan kepada beliau, dan dijawabnya: "Saya hanya melihat sinar (nur)""

entah...

entah kenapa....malam semalam rasa sayu je...rasa diri ni jahil yang teramat sangat..

Ya Allah!!! Ampunkan dosa2 aku!!

Saturday, June 19, 2010

menunggu subuh...

Umair mengerling ke arah jam di dinding batu tersebut. Jarum jam hampir menghampiri ke angka sembilan.

"Manalah kawan aku sorang ni......", keluhnya di dalam hati.

Dia bingkas bangun menuju ke dapur dan mengeluarkan potongan kek keju dan lantas membancuhkan seteko teh panas buat tetamu yang bakal bertandang nanti.

Ting tong....
Serentak itu loceng pintu rumahnya pun berbunyi.

"Hmm....Sampai pun mahluk sorang ni..."

Dia segera mempersilakan temannya, Zyad masuk ke dalam rumah. Umair segera menghidangkan santapan buat tetamunya itu. Aroma teh karamel menusuk ke dalam hidungnya.

"Eh, tak pernah-pernah pun kau hidangkan aku makanan special macam ni. Ni mesti ada apa-apa ni....", kata Zyad.

"Aku nak buat baik kat kau pun salah ke.....", jawab Umair ringkas.

Suasana menjadi hening. Panggilan telefon awal pagi tadi menerjah ke kotak ingatannya. Sewaktu dia sedang bersiap-siap untuk pergi membeli makanan, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Nama 'ummi' terpapar diskrin telefon bimbit tersebut.

"Assalamualaikum...", kedengaran suara wanita menyapa lembut dihujung corong.

'Waalaikumussalam, Ummi...Apa khabar?Ummi tengah buat apa tu?", soalnya banyak..

"Ummi sihat Umair. Baru lepas habiskan baca surah Al-Mulk ni.....Ummi telefon Umair ni sebenarnya ada benda penting yang nak bagitahu...", sambung ibunya.

"Apa dia?", tanya Umair.

"Sebenarnya, kelmarin Ummi dan Abi dah pinangkan seorang gadis untuk Umair. Kami rasa Umair akan terima keputusan dari kami ni dengan hati terbuka. Masa berbincang dengan keluarga pihak gadis tu, Ummi dan Abi dapat tahu bakal isteri Umair ni rupanya saudara sepupu dengan Zyad...", kata ibunya.

"Jadi Ummi nak Umair pergilah tanya dengan Zyad tentang gadis ni..", sambungnya lagi.

'Tapi siapa namanya, Ummi?"

"Sumayyah binti Abu Handzalah", jawab Umminya.

"Hah?!", bagai ada cas elektrik yang menyambar pada dirinya.

"Ya Allah! Alhamdulillah!KAU kabulkan doaku...", dia meraup muka memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Zat Yang Maha Agung. Tiada lebih yang diharap melainkan restu dan belas kasihan Rabbul 'Izzati.

Teguran Zyad mematikan lamunannya. Lantas Umair membuka bicara mengenai permintaan Umminya pagi tadi. Zyad jelas menunjukkan kegembiraan diwajahnya. Ucapan tahniah berulangan diberikan. Tiada apa yang lebih menggembirakan hatinya selain dapat melihat sahabat baiknya itu merangkap senior di Fakulti Syariah mengecapi kebahagiaan yang diberikan oleh Tuhan.

Sewaktu Zyad tiba di Madinah, Umairlah senior sefakulti yang banyak membantunya. Seringkali, kebajikan adik-adik difakulti lebih diutamakan berbanding kehendak diri sendiri. Umair yakin, setiap perbuatan baik yang ikhlas akan diterima oleh Allah dan DIA tidak akan menghampakan hambaNYA.

Umair Hayqal, mahasiswa Universiti Islam Madinah yang tekun berjibaku dengan kitab-kitab para Ulama' demi mencapai impian yang satu. Sebenarnya, bukanlah kejayaan dan penghormatan yang diimpikan, tetapi dia ingin membangunkan umat Muhammad yang mulia ini. Seorang Umair Hayqal mahu melihat ummah Islam hidup dalam landasan keimanan. Melihat ummah yang bertuah ini tahu menghargai kemanisan nikmat hidup sebagai hamba-hamba Azza Wa Jalla yang bertaqwa. Itulah cita-cita dan cintanya kepada saudara-saudara seislam. Dia tidak mahu melihat kemungkaran berleluasa di bumi tanah airnya. Baginya, agama Islam adalah agama yang suci dan indah. Maka, jika dihayati dengan iman dan amal pastinya bertambah keindahan tersebut.


.....................................................................................................


Langkah yang diatur terasa goyah, bumi seolah berpusing dan mentertawakannya. Hatinya terasa luluh tatkala Umair Hayqal menceritakan berita tersebut. Hancur remuk harapannya untuk menyunting Sumayyah menjadi suri hati di masa hadapan. Seolah-olah ada suara yang mentertawakannya.

"Padan muka kau Zyad! Inilah balasannya kerana kau telah mengecewakan Sumayyah dahulu. Sekarang baru kau nak menyesal! Sudahlah, semuanya dah terlewat. Tiada guna kau nak menyesal lagi."

Deruan angin menyapa lembut tubuhnya. Setitis air mata mengalir dipipi. Sungguh dia tidak menyangka dalam sekelip mata sahaja, dia sudah mendapat balasan kerana melukai Sumayyah. Bukan niat dihatinya ingin menyakiti hati Sumayyah, tetapi dia ingin menjaga batas pergaulan antara seorang lelaki dan perempuan. Sewaktu zaman kanak-kanaknya, Sumayyahlah teman tempat dia berhibur. Mereka sering kali bermain di waktu petang bersama anak-anak jiran yang lain. Kadang-kadang, mereka berjalan kaki dari rumah ke Pantai Bisikan Bayu yang terletak berhampiran dengan rumah mereka. Pantai Bisikan Bayu yang juga dikenali dengan nama Pantai Dalam Rhu terletak kira-kira 50 meter dari selatan ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Angin lembut yang bertiup di sepanjang pantai yang dipenuhi dengan deretan pepohon Rhu menyebabkan pepohon ini bergerisik seolah-olah membisikkan bayu yang menenteramkan. Suka-duka kehidupan mereka di Kampung Semarak dapat disaksikan oleh Pantai Bisikan Bayu yang menjadi tempat mereka berkumpul.

Tetapi, semua yang terjadi itu hanyalah sebentar. Mereka terpisah sewaktu peralihan sekolah rendah ke sekolah menengah. Zyad telah memohon kemasukan ke Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu, Kelantan manakala Sumayyah pula telah menerima tawaran ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan. Dia masih ingat sewaktu hari keberangkatan Sumayyah ke sekolah barunya, dia telah menerima sepucuk surat daripada Sumayyah yang menyatakan isi hatinya terhadap sepupunya sendiri. Zyad sempat membalas surat tersebut dengan mengatakan,

"Aku bukan mahu melukaimu, tetapi percayalah hubungan kita hanya termaktub sebagai sepupu sahaja. Maafkan aku Sumayyah, aku bukan tidak mahu menerima kau, tetapi aku hendak menjaga batas pergaulan kita antara lelaki dan perempuan.

Walaupun dahulu engkaulah yang menjadi rakan karibku, walaupun dahulu kita sering bermain bersama, kadangkala berpegangan tangan ketika aku mahu memimpin kau melintas jalan dari rumah ke pantai, dan aku dahulu suka mengusikmu dengan menarik rambutmu sehingga kau menangis berjejeran air mata apabila pulang ke rumah. Tapi itu dulu Sumayyah! Semasa aku dan kau masih belum matang dan masih belum mengenal batas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi iaitu kita. Fikirkanlah maruahmu sebagai seorang wanita. Jangan kerana aku, engkau sanggup menghulurkan kemuliaan kau sebagai seorang perempuan.

Maafkan aku Sumayyah! Aku tidak dapat menunggumu. Selagi engkau masih menyimpan perasaan terhadapku, maka janganlah kau menganggap aku sebagai saudara sepupumu lagi. Pergilah menuntut ilmu, itu peluang yang Allah telah berikan kepadamu. Jangan sia-siakan peluang ini hanya kerana aku seorang lelaki."

yang ikhlas,

Zyad Al-Farouqi

Semenjak itu, Zyad dan Sumayyah tidak lagi akrab seperti dahulu. Jika mereka bertemu pun sekadar kebetulan sahaja kerana masing-masing menyibukkan aktiviti seharian agar tidak saling berjumpa. Sumayyah pula jarang-jarang pulang ke kampung halaman.


(bersambung.hehhe..maaf..)

Thursday, June 17, 2010

aku tanpa cintaMU

telah ku mungkiri janjiku lagi
walau seribu kali
ku ulang sendiri
aku takkan tempuh lagi
apakah KAU terima cintaku lagi
setelahku berpaling dari pandanganku
yang kabur kerna jahilnya aku...

mengapa cintaku tak pernah hadir
subur dalam jiwaku
agar ku tetap bahagia
tanpa cintaMU
tetaplah kau di sana
aku tanpa cintaMU
bagai layang-layang terputus talinya..

masihkah ada sekelumit belas?
mengemis kasihMU Tuhan
untukku berpaut dan bersandar
aku di sini akan tetap terus mencuba
untuk beroleh cintaMU
walau ranjaunya menusuk pedih..

Ya Allah...

Saturday, June 12, 2010

Rasulullah...ku rindumu...

Seandainya Rasulullah berkunjung ke rumah kita...

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan izin Allah SWT mengetuk pintu rumah kita..
Beliau datang dengan wajah tersenyum dan wajah bersih berseri di depan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan?

Mestinya kita akan merasa sangat bahagia..
memeluk erat-erat lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita.

Kemudian tentunya kita akan memohon dengan sangat berharap agar Rasulullah SAW sudi menginap dirumah kita untuk beberapa hari.

Beliau tentu tersenyum...

Tapi barangkali pula kita akan meminta Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu rumah kita kerana teringat VCD dan PLAY STATION yang ada diruang tengah...
Dan kita tergesa-gesa memindahkannya ke dalam.

Beliau tentu tersenyum...

Atau barangkali kita teringat pada gambar wanita mengumbar aurat yang kita pajang diruang tamu kita...
Sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang juga dengan tergesa-gesa.

Beliau tentu tersenyum...

Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita?

Barangkali kita akan teringat adik kita lebih hafal lagu-lagu Radja dan Peterpan berbanding selawat kepada Rasulullah SAW.

Barangkali kita menjadi malu kerana adik-adik kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah hidup Rasulullah SAW...kerana kita lupa dan lalai mengajari adik-adik kita.

Beliau tentu tersenyum...

Barangkali kita menjadi malu kerana adik-adik kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan para sahabat...
tetapi..
hafal di luar kepala nama tokoh-tokoh filem Harry Potter ataupun bintang bola sepak kegemarannya..

Barangkali kita terpaksa menyulap sebuah kamar untuk dijadikan kamar solat.
Barangkali baru kita sedar bahawa para wanita dirumah kita tidak memiliki satupun pakaian solat yang wajar dipakai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW..

Beliau tentu tersenyum..

Belum lagi koleksi buku dan kaset kita dan adik-adik kita...
Malahan poster untuk tatapan mata bagi artis-artis yang hebat di luar sana..

Ke mana harus kita menyingkirkan kesemua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?

Barangkali kta menjadi malu kerana pada saat maghrib keluarga kita sibuk di hadapan televisyen.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak biasa membaca Al-Quran.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita tidak mengenal jiran tetangga di sebelah rumah.

Beliau tentu tersenyum...

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan nama tukang sampah yang setiap hari lewat di hadapan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan nama penjaga masjid di kampung kita.

Betapa senyum beliau masih di situ...

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tibba-tiba muncul di depan pintu rumah kita.
Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita?

Ataukah akhirnya dengan berat hati kita akan menolak kunjungan beliau ke rumah kita kerana hal itu akan membuat kita tidak keruan dan malu??

Maafkan kami Ya Rasulullah....

Masihkah beliau tersenyum...???

Senyum pilu..
Senyum sedih..
Senyum getir...

MasyaAllah!!!

what t0 d0..??!

sedetik dalam hidup........

hidup dalam sedetik........


.......manfaatkanlah......

Tuesday, May 25, 2010

UkhWah FiLLaH Abadan Abada....

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah...
moga ukhwah yang telah terbina ini...
tidak akan hilang dilambung waktu..

Ya Allah...
janganlah kau ambil kenangan yang telah tercipta antara kami semua...
sesungguhnya tiap2 kenangan yang telah Dikau berikan amat bermakna buat kami..
suburkanlah ia dengan halawatul barakahMU..
jadikanlah kami pemangkin ummah yang kian luntur ini...
tabahkanlah hati kami menempuh hari2 yang saban mendatang ini, Ya Rabbi...

Ya Rahimm....
panjangkan serta semaikanlah persahabatan ini hingga ke langit akhirat..
hanya Engkau Yang Maha Mengerti betapa asyiknya kasih antara kami..
semoga kami kian mengerti apa ertinya persahabatan ini..
hanya Engkaulah Yang Mengetahui
betapa hangatnya darah kerinduan yang mengalir dalam pinjaman jasadku ini...


Ya Allah...
berkatilah ukhwah ini dengan redhaMU
aku mohon kepadaMU...
Pencipta Agung Lautan Ukhwah yang indah ini...
aminn...

p/s : sahabat2...tunggulah....
kalian pasti mengerti...

B!ngk!San R!nDu 3 ibnu Batuttah.......

sudah bertahun lama
kita tidak lagi bersua
hanya tinggal kenangan
yang tak mungkin kita lupa
kirimkan khabar selalu
seiring nan hembusan bayu
sekadar pengubat rasa rindu dikalbu.

pantas masa berlalu meninggalkan kita semua
tanpa disedari bertambahlah usia kita

potret lama masihku simpan
ku bingkaikan kenangan
hingga terkadangku tersenyum sendirian....

perjalanan kita masih jauh....
jalanan berliku bakal kita tempuh..
imbaslah kenangan semalam
jadi azimat penguat semangat
penentu masa hadapan

harapanku kau akan bahgia selalu.....


bagiku...
engkau penghibur duka
pengubat hati resah kecewa
dikaulah malamku
kau bawa cahaya.....

antara kita tiada rahsia....
susah dan senang tetap bersama
terpatri namamu...kau xkan ku lupa..

semaikanlah bingkisan rinduku
di kalbu...

Saturday, May 22, 2010

ustazah Fazidah Aini....

asslamualaikum...

untuk Ustazah Fazidah Aini..

selamat hari lahir....
semoga Allah memberkatimu...

Terima kasih untuk semua ilmu yang ustazah curahkan..
wasslam...

kerlinglah......

kerlinglah ke hadapan.......
tinjaukanlah perjalanan panjang yang kian pendek ini....
barangkali berakhir hanya dengan


segunung harapan....

Thank You Allah

Sometimes,

Allah breaks our spirit to save our soul,
He breaks our heart to make us whole,
He sends us pain so we can be stronger,
He sends us failure so we can be humble,
He sends us illness so we can take care of ourselves...

Sometimes.....
God takes everything away from us so we can learn the value of everything He gave us....
Allah is Great!!!

May Allah bless you!!!

=>


(Ir H... : thanks...)

I'm learning all about my life by looking through her eyes....thank you ,mom...

"Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4.00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.



p/s : pengorbananmu di sanjung tinggi, jasamu tetap di sanubari.....


teringat pada satu perhimpunan pagi di dataran Sekolah Menengah Islam ABIM....
cerita ini diungkapkan oleh ibunda tercinta kami ; Rosliza Awang Senik.....
walaupun dah ditahan, tapi basah juga pipi ni.....

Nostalgia 3 Ibnu Bathuttah 2009

terkenang sebuah memori lalu
kisah persahabatan kita bersama
di dalam satu pengajian
menuntut ilmu dan pengalaman

mengingatkanku pengorbananmu
terpahat padu di kalbuku

bersama rakan taulan dan guru
tawa riangmu menghiburkan hatiku
indahnya suasana ketika itu
terjalin ukhuwah sejati

nasihatmu sungguh bermakna bagiku
mengenalkanku erti kehidupan
susah payah kita hadapi bersama
itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhankutabahkan hatinya
kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
limpahkanlah maghfirah dan kasih sayangmu
agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Saturday, May 1, 2010

??????...

kenapa ramai remaja sekarang suka mencari cinta dibangku sekolah........????
sedangkan cinta akhirat dipinggir megah....

'Unknown"

ku sandarkan lelah
disayap malam merebahkan minda
menghirup keharuman dunia
nan berselirat direlung jiwa
ku cuba lelapkan semua indera
namun tak berdaya
sejuta keresahan melanda
tak membenarkan sepicing lena
diriku bak cericau
terpenjara disangkar dosa
daun pintunya sentiasa terbuka
melunak kebebasan
Ya Rabbul Izzati
kembalikan aku ke dalam diriku semula
agar sempat untuk bersuara
lafaz taubat nasuha
ku bimbangkan seandainya tiada lagi buatku
suatu hari menjelma bernama esok
kuragui seandainya tiada sempat untukku
menghirupi bayu walau sehela cuma
ku hanyutkan sisa
dengan tadahan tangan penuh luka
mengharap keredupan pawana
langit akhirat terbentang megah

Thursday, March 25, 2010

pernahkah dikau fikirkan???...

Pernahkah dikau fikirkan tatkala rintangan menemuimu...

Hidup pada zaman akhir ini memang cukup mendera emosi dan rohani..kadangkala kita terfikir,


'mengapa ini semua terjadi? apakah memang takdirku begini caranya hadir?'

kadang2 perasaan menyesal menyelubungi jiwa..menyesal!!menyesal!!mengapa takdirku begini, Ya Allah? mengapa??..sedarlah saudaraku..Allah itu Tuhan Yang Maha Adil. Didatangkan ujian bagi hambaNYA yg kuat dan mampu menghadapinya seperti kita, umat Islam, umat akhir zaman, umat Muhammad S.A.W. Pernahkah saudara mengetahui sejarah hidup junjungan kasih Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda dicemuh, dikeji, dihina dan bermacam-macam lg perbuatan buruk yg dilakukan terhadap baginda..kerana apa? kerana semata-mata baginda ingin menegakkan kebenaran Islam di pandangan umatnya..Malahan, Allah S.W.T telah mengharamkan umat manusia memasuki syurga sebelum umat Muhammad mendahului dahulu..
Lihatlah!! Betapa besarnya nikmat utk kita Ya ummah sekalian.. betapa umat Muhammad itu diangkat tinggi darjatnya berbanding umat yang lain..Banggakah kalian??
Namun...
adakah kita betul-betul menghargai kemuliaan ini.. Rasulullah mengajarkan kita supaya mentaati Allah serta meninggalkan laranganNya..dapatkah kalian buktikan apa jasa kita kpd Rasul Allah?? kini, di kala manusia hidup dalam keruntuhan akhlak, maka kitalah yang perlu menjadi suri teladan.. Dimana-mana pun kita dapat melihat para belia, yang MUSLIM! yang MUSLIMAH! sedang sibuk menguruskan 'kerjaya' dan 'kriteria' mereka masing-masing..mereka melaksanakannya dengan penuh teliti dan ada kalanya tidak terperasan waktu yang berlari...kagumkan?? Hebat sungguh!!! Syabas!!........-tetapi-.........'kerjaya' apa? Iaitu kerjaya melepak dan berbagai lagi kerjaya 'me' mereka... Wah!!! banggakan???
Cuba kalian bayangkan jika ketika ini, saat ini...Junjungan kasih masih hidup dan baginda melihat segala kemungkaran yang kita sudah lakukan dan lalui dengan tangan kita sendiri.. pada pandangan kalian, tidak gugurkan air mata baginda mengenangkan umat yang tidak menyerupai Manusia, barangkali.....
Pastinya mengalir air mata junjungan kasih kita melihat semua ini..jadi,jika kita tidak mahu air mata itu jatuh ke bumi, maka biarkanlah air mata kita yang membasahi pipi memikirkan nasib ummah pada zaman ini..sedihkan kalian..?
maka peliharalah air mata itu...tepuk dada..tanyalah iman kita..'dimana kau..?'
renung-renungkanlah...
semoga kita para muslimin dan muslimat...
menjadi pejuang yang sejati untuk Islam, demi ALLAH...
Allahuakhbar!

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmaanirrahiim...
terima kasih ana ucapkan kpd kalian yg sudi bkunjung ke blog ana yg baru mula nk bdiri ini..akhir kata, berdoalah agr kita sama-sama dpt menegakkan agama Allah S.W.T dgn jln yg diredhaiNYA..